Welcome!

HOBI SAYA (mengumpul setem), by ASILAH BT AZMAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan ASILAH BT AZMAN
Title:HOBI SAYA (mengumpul setem)
2012-01-17 02:42
        Hobi ialah sesuatu yang dibuat pada waktu lapang atau senggang.Semua orang mempunyai hobi yang tersendiri.Terdapat pelbagai hobi yang digemari,antaranya bermain bola sepak,memangcing,melayari internet dan sebagainya.Hobi saya yang paling digemari ialah mengumpul setem.  
          
        Buat masa sekarang saya telah memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci.Setem-setem yang saya kumpulkan itu saya memperoleh daripada beberapa buah negara.  
 
        Saya akan bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolah saya.Selain itu,saya juga mempunyai beberapa orang sahabat pena sama ada sari negeri-negeri di Malaysia juga luar negara seperti Jepun,Singapura,Belanda dan sebagainya.Setiap kali ada setem-setem baharu yang dikeluarkan atau dijual,saya tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mengunjungi kaunter pejabat pos lantas membeli dan mengumpul di dalam album setem saya  
      
         Kini,saya telah memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kenalan.Saya mendapat dorongan yang kuat untuk meneruskan hobi ini melalui ibu saya.Beliau sangat berminat dan menggalakkan saya sehinggakan beliau turut sama membeli setem-setem kenangan kerana kerjaya.Beliau sebagai kerani di pejabat pos.Oleh itu,amat mudah saya mendapatkan setem-setem yang baharu melalui ibu saya.  
 
         Melalui hobi ini,saya dapat mengetahui pelbagai maklumat terutamanya tentang negara luar seperti mata wang,kebudayaan,makanan dan pemimpin negara.Saya juga dapat setem yang amat menggembirakan saya kerana setem-setem yang disimpan itu pelbagai corak dan rupa.Disamping itu, melalui hobi ibi juga saya dapat mengelakkan diri saya daripada terjurumus dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membunag masa.  
 
         Saya berharap,agar hobi mengumpul setem ini dapat diteruskan dan diperbanyakkan album kerana banyak manfaat dapat saya perolehi.
 

yannis thong, (2018-04-24 01:09)
 
sangat baik
 
Mickel, (2017-03-14 23:04)
I like it
 
Jasmine , (2017-03-05 23:01)
Good Job,yaah
 
Puteri Nur Adawiyah, (2017-01-12 21:43)
Terbaik ahh  

 
anis faraatira, (2016-07-20 00:18)
t.kasih
 
unknown, (2016-07-09 12:12)
thumbs up :)  

 
Sandya a/p manimaran , (2016-06-14 02:50)
Thank you
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name