Welcome!

Melawat Ke Zoo Negara, by Nur Iffah Syafiqah Bt Muhd Amirul Hafiz
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Nur Iffah Syafiqah Bt Muhd Amirul Hafiz
Title:Melawat Ke Zoo Negara
2012-01-21 23:08
            Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga saya ke Zoo Negara yang terletak di Kuala Lumpur.Kami ke sana dengan menaiki sebuah kereta berjenama Toyota Altis.Kami berangkat dari Kemaman ke Zoo Negara pada pukul 9 pagi.  
              
             Kami tiba di sana pada pukul 1 petang.Sebelum masuk,kami harus membayar tiket yang bernilai RM 50.00.Harga tiket untuk orang dewas ialah RM 15.00 manakala harga tiket untuk kanak-kanak ialah RM 10.00.  
      
            Mula-mula saya dan keluarga saya ke tempat pemeliharaan gajah.Gajah yang dipelihara di sini ialah Gajah Asia yang hanya terdapat di Asia Tenggara.Menurut pekerja Zoo,berjuta tahun dahulu lebih dari seribu species gajah yang terdapat di bumi,tetapi hanya dua spesies sahaja yang mampu bertahan sehingga sekarang.Saya juga berpeluang memberi makan kepada gajah yang hampir pupus.  
 
            Selepas itu,kami berjalan ke rumah ular iaitu tempat yang menjaga berbagai jenis species ular.Saya sempat bergambar dengan ular sawa yang panjangnya mencecah 3 kaki.Terpancar wajah takut dan gembira di wajah saya kerana berpeluang memegang ular yang hampir saja pupus.  
 
            Kemudian kami ke kaunter kereta api Zoo untuk membeli tiket.Setelah hampir lima minit menunggu,kereta api pun tiba.Saya dan adik-adik saya sangat gembira.Kami dibawa bersiar-siar untuk mengelilingi Zoo.  
 
            Sebelum pulang kami singgah ke 'Restoran AMN' untuk mekan tengahari.Senyuman gembira terukir di wajah saya,kerana ayah berjanji akan membawa kami sekeluarga ke Zoo Negara pada tahun hadapan.  
 
 
* Jgn lupa tinggalkan 'Komen' anda *
 

Farra, (2019-02-19 00:46)
Tak panjang sgt ka?
 
alia , (2019-01-05 17:48)
thank you amat berguna buat saya untuk ambil upsr
 
Maisarah, (2018-08-18 02:16)
Sngt berguna pada murid murid yg mahu mengambil  
 
ppsr...tq
 
marhani, (2018-07-31 03:20)
Bagus la karangan awak nihh
 
Naufal, (2018-07-16 02:36)
Terima kasih ,itu sangat berguna bagi saya- tq😊
 
Mishalini a/p Armugam, (2018-05-18 02:08)
Sangat cantik......
 
putri nur alya, (2017-11-26 22:32)
memang berguna karangan ini
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name