Welcome!

Aku seekor kucing, by Mohd Azrizan
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Mohd Azrizan
Title:Aku seekor kucing
2012-01-29 19:25
    Aku seekor kucing.Aku bernama Tompok.Bulu aku berwarnah hitam.Mata aku bulat dan besar.Aku seekor kucing Siam.  
    Aku dipelihara oleh seorang pemuda yang bernama Haziq.Tuan aku bekerja sebagai seorang guru.Dia sangat menyayangi aku.Tuan aku seorang yang baik hati.  
    Tiap-tiap hari,aku dibagi makan Frieskies dan minum susu.Tuan aku memberi aku makan dan minum dengan cukup.Oleh demikian,bulu aku tumbuh dengat lebat.Aku semakin gemuk dan kelihatan comel.  
    Tuan aku memandikan aku sekali seminggu.Selepas mandi,aku dikeringkan dengan menggunakan pengering rambut.Aku berasa sangat segar selepas mandi.  
    Pada waktu siang,tuan aku menyediakan aku tempat tidur.Dia menidurkan aku di dalam sebuah bakul yang berisi kain yang sangat empuk.Pada waktu malam pula,aku menjaga rumah tuan aku dengan menangkap tikus.  
    Sejak kehadiranku,tikus-tikus di rumah tuan aku semakin berkurangan.Tuan aku selalu memuji dan menyayangi aku.Aku sangat terhutang budi dengan tuan aku.
 

Submit a comment:

Name