Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.Rakyat Malaysia perlu menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.Banyak faedah yang diperaleh sekiranyakta menguasai Bahasa Malaysia.
Bahasa Malaysia ialah Bahasa perpaduan.Bahasa ini digunakan oleh seluruh rakyat negara ini.Mereka menggunakannya untuk berhubung dalam urusan seharian.Oleh itu, secara tidak langsung perpaduan dapat diwujudkan melalui penggunaan Bahasa Malaysia.
Seseorang yang menguasai Bahasa Malaysia dengan baik,dapat menghasilkan penulisan bermutu dalam Bahasa Malaysia.Hasil karya mereka dapat menambahkan khazanah penulisan dalam bahasa ini.Misalnya kita boleh menghasilkan sajak,cerpen,noveldan sebagainya.
Kita boleh tulis cerpen atau novel yang menarik.Dengan ini,hasil karya akan mendapat sambutan yang baik.Kita dapat menambahkan pendapatan menjadi seorang penulis.
Akhir sekali,dengan menguasai Bahasa Malaysia,kita akan mendapat peluang pekerjaan yang lebih tinggi.Kita boleh memohon pekerjaan sebagai penjawatawam.Justeru,masa depan lebih terjamin.
Kesimpulannya,Bahasa Malaysia amatberfaedah untuk kita kuasai dengan sebaik-baiknya.Bagaimanapun,hal ini tidak bermakna kita tidak perlu menguasai bahasa lain.Kita perlu menguasai bahasa lain untuk menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang. |