Welcome!

Sahabat saya, by Nur Adiba Syahira
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Nur Adiba Syahira
Title:Sahabat saya
2012-03-10 20:10
Setiap orang di dunia ini mempunyai sahabat masing-masing. Sahabat yang baik akan membantu kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Saya ingin menceritakan biodata salah seorang sahabat baik yang pernah saya ada yang juga sama sekolah dengan saya.  
 
Nama sahabat saya itu Wahida bt Yusoff. Saya memanggilnya dengan gelaran Wahida. Dia dilahirkan di Hospital Sultanah NurZahirah pada 31.01.1999. Dia adalah anak yang ke empat daripada enam orang adik beradik. Wahida mempunyai dua orang kakak, seorang abang, seorang adik lelaki dan juga seorang adik perempuan. Wahida tinggal di Kampung Balai Maras.  
 
Hobi Wahida adalah melayari internet dan juga membaca. Dia agak gemar melayari internet sewaktu cuti persekolahan. Cita-cita adalah untuk menjadi seorang doktor. Dalam peperiksaan UPSR tahun lepas, Wahida memperolehi 3A2B.  
 
Makanan dan minuman kegemaran Wahida ialah Nasi Ayam dan Vanilla Milkshake.Warna kegemaran yang amat diminati Wahida adalah ungu, merah, dan biru. Wahida mempunyai matapelajaran yang diminatinya iaitu Sains dan Matematik terutamanya Matemattik.  
 
Ayah Wahida bekerja sebagai seorang buruh manakala ibunya seorang suri rumah. Setiap hari selepas habis waktu persekolahan, di rumah, Wahida menghabiskan waktunya dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.  
 
Wahida adalah seorang sahabat saya yang baik dan rajin. Kesimpulannya, kita hendaklah mencari sahabat yang baik dan yang boleh membantu kita untuk mencapai kejayaan.  

 

Rahmah wani, (2018-02-23 23:04)
Bagos nye lah 😚😂😀  

 
Nur adiba nasyirah hal, (2017-12-15 22:29)
😁😁😁😁😁😁🔝😪😪
 
Kekok, (2017-12-15 22:24)
I like it but the essay is very good
 
Kekok, (2017-12-15 22:24)
I like it but the essay is very good
 
Kekok, (2017-12-15 22:24)
I like it but the essay is very good
 
Kekok, (2017-12-15 22:24)
I like it but the essay is very good
 
Kekok, (2017-12-15 22:24)
I like it but the essay is very good
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name