Welcome!

Keluarga Saya, by Ahmad Amzar B. Mohd Anuarul Azhar
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Ahmad Amzar B. Mohd Anuarul Azhar
Title:Keluarga Saya
2012-04-15 01:17
Nama saya Ahmad Amzar B. Mohd Anuarul Azhar . Saya dilahirkan di Apollo Medical Centre , Taiping , Perak . Saya mempunyai sebuah keluarga yang besar dan bahagia .  
 
Keluarga saya terdiri daripada enam ahli . Saya mempunyai seorang abang dan dua orang kakak . Saya amat menyayangi mereka .  
 
Nama ayah saya ialah Mohd Anuarul Azhar B. Ahmad Wazir Affandi . Ayah saya berumur 60 tahun . Ayah saya seorang yang tegas tetapi penyayang . Saya menyukai sikapnya yang sebegitu . Ayah saya telah bersara daripada pekerjaannya . Ayah saya seorang yang suka berkebun dan seorang yang selalu menepati masa . Beliau tidak pernah lewat mengambil saya di sekolah malah telah menunggu di hadapan sekolah lebih awal dari waktu yang ditetapkan untuk pulang .  
 
Nama ibu saya pula Hamidah Bt. Hassan . Ibu saya berumur 41 tahun . Ibu saya seorang yang penyayang , berhati mulia dan pemurah . Beliau seorang yang amat merisaukan anaknya . Ibu saya bekerja sebagai kerani disebuah syarikat SWASTA . Beliau suka memasak dan akan memasak makanan yang banyak apabila abang dan kakak-kakak saya pulang ke rumah pada waktu cuti .  
 
Abang saya bernama Ahmad Zhafran B. Mohd Anuarul Azhar . Kakak saya yang pertama bernama Hanun Nadzirah Bt. Mohd Anuarul Azhar manakala kakak saya yang kedua bernama Najihah Bt. Mohd Anuarul Azhar . Masing-masing berumur 16 tahun , 15 tahun dan 13 tahun . Mereka tinggal di asrama berjauhan dari rumah .  
 
Mereka seorang yang amat berdedikasi dan berdikari . Saya amat menyukai perangai mereka yang sebegitu . Mereka selalu mengalah apabila inginkan sesuatu . Namun begitu , saya pernah beberapa kali bergaduh dengan mereka atas perkara yang kecil sahaja . Walaupun begitu , mereka pasti akan memujuk saya . Bak kata orang , "air yang dicencang tidak akan pernah putus" .  
 
Keluarga saya amat bahagia dan saya berharap ia akan terus bahagia hingga ke akhir hayat saya . Saya berjanji akan menjaga keluarga saya dengan baik selagi hayat dikandung badan . Saya sayang akan keluarga saya .
 

Dharshen Kumar, (2019-02-28 00:48)
Saya suka karangan ini
 
Vishal, (2019-01-24 01:45)
Good karangan keep it up
 
Qurr, (2019-01-21 14:09)
Good thankyou😊
 
好礼, (2019-01-19 00:23)
nice👍👍👍  

 
, (2019-01-12 00:43)
NICE  

 
KOWSALYA, (2019-01-12 00:42)
NICE  

 
Subhan, (2019-01-10 18:36)
I like the essay  

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name