Welcome!

Laporan Tahunan Perpustakaan, by Nithyalakshmi
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Nithyalakshmi
Title:Laporan Tahunan Perpustakaan
2012-05-01 23:29
Laporan Tahunan Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim  
Pada 15 Januari 2004 (Isnin), Jawatankuasa Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim telah mengadakan perjumpaan pertamanya dengan Jawatankuasa Pusat Sumber sekolah ini. Hasil perjumpaan tersebut, Unit Perpustakaan akan dikendalikan oleh lima orang guru iaitu :  
1. Puan Noraini Ismail  
2. Puan Bahyah Baharin  
3. Puan Hanisah Hamat  
4. Encik Shamsuddin Mohamad  
5. Encik Kamil Ismail  
    Sehubungan itu, Unit Perpustakaan telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 13 Januari 2004 yang diketuai oleh Puan Noraini. Dalam mesyuarat tersebut, mereka telah merancang aktiviti untuk tahun 2004. Antara aktiviti yang dirancang ialah Program Galakan Membaca, kuiz, pertandingan bercerita, mewarna, pertandingan menulis cerita dan dibukukan, serta pertandingan pembacaan terbanyak  
    .Dari segi jumlah buku pula, sebanyak 500 buah buku telah dibeli sebagai tambahan kepada buku yang telah sedia ada. Anggaran pada tahun ini ialah seorang murid akan membaca sebanyak 20 buah buku.  
     Sementara itu, Unit Perpustakaan juga telah melantik kira-kira 25 orang pustakawan untuk menyelenggarakan perpustakaan. Buku-buku diberi pinjam kepada murid tahun dua hingga tahun empat. Mereka diberi pelbagai insentif agar banyak banyak buku.  
     Sebagai ganjaran kepada murid yang banyak membaca, setiap minggu, mereka akan diberi hadiah pada setiap kali diadakan perhimpunan mingguan.  
 
Laporan disediakan oleh,  
 
 
Nithya  
(Nithyalakshmi a/p Sivanesan)  
Ketua Unit Perpustakaan,  
Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim.  
 

 

Submit a comment:

Name