Welcome!

Pengalaman Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak, by Wong Zhi Yong
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Wong Zhi Yong
Title:Pengalaman Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak
2012-07-07 01:34
         Pada hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga telah menyaksikan satu perlawanan bola sepak antara negeri Perlis dan negeri Johor di Stadium Nasional Bukit Jalil. Oleh itu, saya berasa teruja kerana ini merupakan kali pertama saya menyaksikan perlawanan bola sepak.  
         Setibanya di sana, saya ternampak banyak orang sedang beratur untuk masuk ke dalam stadium. Kami duduk di atas nombor tempat duduk yang dicetak pada tiket. Saya juga ternampak banyak orang yang memakai baju T yang sama warna. Selain itu, ramai orang turut meniup alat muzik demi menyokong pasukan mereka.  
         Apabila wisel dibunyikan, permainan bermula. Kedua-dua pasukan cuba menjaringkan gol. Setiap pemain kelihatan handal-handal belaka. Perlawanan bola sepak pada kali ini sangat sengit. Setiap penonton bersorak-sorai untuk pasukan mereka.          
         Selepas 45 minit , perlawanan separuh masa yang pertama sudah tamat. Setiap pemain berehat sambil minum air. Selepas tamat masa rehat, perlawanan untuk masa yang kedua telah dimulakan. Kami bersorak-sorai untuk menyokong pasukan kami. Suasana di stadium hingar-bingar. Setiap pemain kelihatan bermain bersungguh-sungguh.  
         Tiba-tiba, seorang pemain dari pasukan negeri Perlis berjaya menjaringkan gol. Selepas itu, setiap pemain berusaha untuk menambahkan bilangan gol mereka. Setelah bermain selama 30 minit, kedua-dua pasukan tersebut menjadi seri. Pada saat yang terakhir, seorang pemain dari pasukan bola sepak Perlis berjaya menjaringkan gol dengan melakukan tendangan sudut. Oleh itu, perlawanan bola sepak pada kali ini dimenangi oleh pasukan bola sepak negeri Perlis.  
         Saya berasa sangat seronok menyaksikan perlawanan bola sepak ini. Saya berharap saya berpeluang untuk menyaksikan lebih perlawanan bola sepak pada masa yang akan datang.  
                                                                                                                                                                                                                                                                          
 

 

Bagus karangan ni , (2016-04-18 00:23)

 
Huzaifah, (2016-02-09 18:44)
Bagus,that's right.
 
Alice , (2015-09-28 03:00)
Ketika kamu dan rakan-rakan kamu sedang bermain bola sepak di padang, kamu terdengar jeritan meminta tolong. Perihalkan tindakan kamu dan rakan-rakan kamu.
 
Parameswran, (2015-08-02 01:55)
Kedah darul aman
 
Parameswran, (2015-08-02 01:55)
Kedah darul aman
 
lailatul, (2015-05-31 19:37)
hebatnya karangan yang telah awak buat ni...memang best baca karangan awak ni....walaupun upsr punya... ;)
 
???????????????????????, (2014-10-24 20:52)
nape x leh copy  

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name