Welcome!

mengikut ayah menghadiri majlis perkahwinan , by ain natasya f1
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang ain natasya f1
Title:mengikut ayah menghadiri majlis perkahwinan
2012-07-10 01:19
                                                                    No 7 Jalan Malur,  
                                                                    Taman Desa Maluri,  
                                                                    27500 Petaling Jaya,  
                                                                    Selangor Darul Ehsan.  
 
                                                                    21 Oktorber 2011  
      
    Assalamualaikum kepada saudari Nurol Leha. Apa khabar? Saudari dalam keaddan sihat? Saya berharap begitu. Alhamdulliah saya dan keluarga sihat sahaja.  
 
Saudari,  
 
Pada 19 Oktober lalu, ayah mengajak saya ke majlis perkahwinan yang berlangsung di Kuala Lumpur. Saya berasa sangat gembira kerana bagi saya pergi ke majlis perkahwinan boleh mendapatkan satu kenangan yang cukup manis. Ibu dan adik juga ikut bersama. Kami menaiki kereta jenis Myvi yang baru ayah beli.  
 
Sepanjang perjalanan, saya rasa sangat seronok kerana saya dapat melihat permandangan yang indah seperti Menara Kuala Lumpur yang mencakar langit. Kuala Lumpur banyak berubah selepas tiga tahun sudah tidak datang ke sana.  
 
Usai, sampai di majlis perkahwinan yang diadakan di dewan yang sangat besar. Apabila kami melangkah masuk, kami dapat melihat betapa ramainya manusia di dalamnya. Walaupun agak panas kerana terlalu ramai orang yang berebut mengambil makanan.  
 
Semasa kami menyuapkan lauk, paluan kompang berbunyi dan itu menandakan yang pengantin sudah sampai. Alangkah cantiknya pasangan pengantin itu. Sama tampan, sama cantik bak kata orang- orang dulu, bagai pinang di belah dua. Pengantin yang mengenakan busana berwarna biru seirama dengan warna pelamin.  
 
Kami melihat ramai manusia berpusu- pusu ingin merakam foto pengantin untuk kenangan. Pengantin yang bersanding di atas pelamin tersenyum bahagia. Mereka memakai baju yang bertemakan songket. Pada zaman ini, ramai orang mengenakan baju yang bertemakan moden. Pengapit kedua- kedua belah pengantin juga sama padan. Bagai pengantin yang sama padan itu.  
 
Pengantin perempuan mengenakan tudung yang mempunyai kerongsang yang agak besar dan pengantin lelaki pula mengenakan baju melayu cekak musang. Pengantin perempuan mengenakan baju gaun berkain songket dengan berdandan yang sangat nipis. Bab kata pepatah " kalau dah memang cantik, pakai apa pun tetap cantik".  
 
Selepas itu kami pulang. Kami berasa amat penat. Begitulah pengalaman saya pergi ke kenduri kahwin. Awak bagaimana? Saya akan menunggu surat daripada awak! Baiklah, itulah coretan buat kali ini. Saudari Norul jangan lupa ya!  
 
Assalamualaikum!                                                          
                                                                             Ikhlas sahabatmu,  
                                                                            Lia Syahirah Iskandar.
 

Submit a comment:

Name