Welcome!

langkah-langkah untuk menjadi murid yang sihat dan cerdas., by Nurul Fatihah bt.Jamal
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nurul Fatihah bt.Jamal
Title:langkah-langkah untuk menjadi murid yang sihat dan cerdas.
2012-08-21 00:07
         Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusimajlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru serta rakan-rakan sekalian.Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah 'Langkah-langkah untuk Menjadi Seorang Murid yang Sihat dan Cerdas'.  
         Antara langkah yang patut diambil untuk menjadi seorang murid yang sihat dan cerdas ialah kita mestilah makan makanan yang berkhasiat dan mengelakkan diri daripada makan makanan yang tercemar.Kita mestilah makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Ini adalah kerana terdapat banyak khasiat dan vitamin yang terkandung di dalamnya yang menyebabkan kita sentiasa sihat dan cerdas.Kita juga tidak sepatutnya mengambil makanan yang telah tercemar.Ini akan menyebabkan kita dijangkiti pelbagai penyakit dan sentiasa lemah dan lesu.  
            Selain itu,kita mestilah meluangkan masa dengan bersenam pada waktu pagi.Dengan ini,kita akan sentiasa sihat dan tidak lesu dalam melakukan apa-apa kerja.Kita sebagai murid mestilah sentiasa mempunyai tenaga untuk menelaah pelajaran tidak kira semasa di sekolah mahupun di rumah.  
            Di samping itu,kita hendaklah menjaga kebersihan diri.Kita haruslah mandi pada waktu yang tepat dan tidak lupa juga supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah.  
            Selanjutnya,kita sebagai murid sewajarnya tidur pada waktu yang tepat dan tidak melewatkan tidur dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan bermain permainan komputer.Ini adalah kerana mata kita akan rosak dan sentiasa lesu.Ini juga akan menyebabkan kita akan rasa mengantuk dan tidak dapat fokus semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.  
            Akhir kata saya ingin menyeru kepada rakan-rakan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengikut segala tip yang telah saya berikan.Sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name