Welcome!

Cara-cara menjaga kesihatan, by Joseph
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Joseph
Title:Cara-cara menjaga kesihatan
2012-09-11 01:41
    Kesihatan ialah aset yang penting kepada individu  
    Antara cara menjaga kesihatan adalah melalui pemakanan yang seimbang.Pemakanan kita hendaklah mengandungi karbohidrat,protein,vitamin dan sebagainya.Kita hendaklah mengelakkan makanan yang berminyak dan mengadungi garam perlebihan.Cara pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya seperti penyakit sakit jantung,dan darah tinggi.  
    Selain itu,kita juga hendaklah bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu.Semasa bersenam,peluh dikeluarkan daripada badan kita.Pengaliran darah dalam badan kita akan menjadi lebih baik dan badan akan menjadi sihat.  
    Di samping itu,kebersihan badan dapat menjamin kesihatan kita.Badan yang bersih dapat mengelakkan kuman-kuman.Oleh itu,kita haruslah menjaga kebersihan rambut,gigi dan pakaian.  
    Seterusnya,kita juga hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat.Kita tidak boleh merokok,minum arak dan mengambil dadah.Cara hidup yang tidak sihat akan menjelaskan kesihatan kita.  
    Akhirnya,kita juga hendaklah menjaga kebersihan tempat tinggal.Kita tidak boleh membuang sampah di seluruh tempat rumah.Jika rumah sudah kotor,hal ini demikian kerana haiwan perosak seperti lipas,tikus dan lalat mudah membiak di tempat yang kotor.  
    Oleh itu,jagalah kesihatan badan kita
 

Submit a comment:

Name