Welcome!

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH SERI KENANGAN KUALA KUBU, SELANGOR, by Ainnur Najiha binti Mansor.
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Ainnur Najiha binti Mansor.
Title:LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH SERI KENANGAN KUALA KUBU, SELANGOR
2012-09-23 14:00
                 Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Rumah Seri  
                                Kenangan Kuala Kubu, Selangor  
 
 
 
         Pada 1 Mei 2010 yang lalu, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Salak Selatan telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan, Kuala Kubu.Lawatan ini disertai oleh 45 orang murid dan empat orang guru pengiring.  
 
         Kami tiba di tempat tersebut pada pukul 10.00 pagi.Ketibaan kami disambut oleh Pengetua Rumah Seri Kenangan, Encik Hamdan bin Abu Bakar.Kami diberi penerangan ringkas sebelum dibawa melawat ke kawasan sekitar.  
         Banyak aktiviti dijalankan sepanjang tempoh enam jam kami berada di sana. kami beramah mesra dengan warga emas yang ternyata begitu seronok dengan kami. Kami berasa terharu apabila ada yang bercerita tentang nasib mereka yang tidak mempunyai waris. Ada juga yang mempunyai keluarga, namun sanggup menghantar mereka ke rumah tersebut untuk menghabiskan sisa usia mereka di situ.  
         Selain itu, kamiturrut bersama-sama membersihkan kawasan rumah terbabit. Kami membantu menyapu sampah dan mengelap tingkap. Kami juga turut menyediakan hidangan tengah hari yang bahan mentahnya telah kami sediakan. Kami berasa seronok kerana dapat makan tengah hari bersama-sama.  
         Sebelum pulang, Cikgu Asmani Johari telah menghulurkan cenderahati hasil kerja tangan murid-murid sendiri kepada setiap warga emas.Selain itu, sejumlah wang sebagai sumbangan daripada pihak sekolah didermakan juga.  
         Pengalaman ini mengajar kami agar menghargai warga tua. Andai berpeluang, lawatan seumpama ini pasti diadakan lagi.  
 
 
Disediakan oleh,  
 
 
Ainnur    
 

Submit a comment:

Name