Welcome!

hari pertama persekolahan , by :)
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur :)
Title:hari pertama persekolahan
2013-01-13 20:25
Membuat Aduan  
 
hari pertama di sekolah menengah  
:)  
etelah berjuang bermati-matian dalam peperiksaan UPSR tahun lalu di Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor, Berkat doa dan usahaku, akhirnya aku menerima keputusan yang amat membanggakan iaitu 4A1B. Walaupun impianku untuk memperoleh semua A tidak tercapai, namun aku bersyukur kerana aku telah berusaha sedaya upayaku sejajar dengan pegangan hidupku, "Belajarlah untuk menuju kejayaan kerana ianya saat yang paling manis untuk dikenang sampai bila-bila".  
 
        Pada tarikh 3 Januari 2010, aku bangun pagi dengan semangat yang baru untuk melangkah ke alam persekolahan menengah. Segala kelengkapan telahku siapkan dari awal lagi. Tepat jam 7 pagi, setelah selesai bersarapan, aku bersiap sedia pergi ke sekolah menaiki basikal bersama dengan kakakku. Sepanjang perjalanan, perasaanku berdebar-debar sekali . Aku takut tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan ini. Namun, aku cuba bersikap positif. Malangnya, perasaan gementarku itu menyebabkan aku terlanggar seorang pelajar yang sedang berjalan. Cepat-cepat aku memohon maaf kepadanya atas kesilapanku itu.  
 
        Aku berbaris bersama rakan-rakan sekelasku pada perhimpunan pagi. Berbagai-bagai ragam dapatku saksikan. Aku memberi sepenuh perhatian terhadap ucapan guru-guru, termasuk amanat puan pengetua, Pn. Hajjah Noraini bt. Haji Yaacob yang mahukan kami, pelajar tingkatan satu meneruskan kecemerlangan kami di sini serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Alah Bisa tegal biasa. Semua itu tidak menjadi masalah kepadaku. Selepas itu, pelajar tingkatan satu diarahkan pergi ke kantin untuk Majlis Orientasi Tingkatan 1.  
 
        Suasana di situ sungguh menyeronokkan. Sebelum para guru mengendalikan majlis. kami telah memulakan sesi perkenalan secara tidak rasmi. Aku telah berkenalan dengan Nurul Asyikin Shuhada, yang telah menjadi mangsa perlanggaranku pada pagi tadi. Mujurlah dia tidak memarahiku kerana dia memahami perasaan gemuruh yang aku hadapi. Kami berbual-bual seketika mengenai keputusan UPSR kami. Setelah itu, guru-guru memainkan peranan mereka dalam majlis ini. Mereka memberi taklimat mengenai sekolah ini sebagai gambaran awal kepada kami.  
 
        Aku pulang dengan perasaan yang sangat gembira. Panas terik matahari langsung tidak mematahkan semangatku. Aku mendapat kawan-kawan baru, guru-guru yang baru serta pengalaman baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh ini. Kendatipun, Matlama t hidupku yang lama iaitu "Belajarlah untuk menuju kejayaan kerana ianya saat yang paling manis untuk dikenang sampai bila-bila" tetapku sematkan dalam diriku.  
 

 

Submit a comment:

Name