Welcome!

AKU SEBATANG PENSEL, by TAVAALOSHINI GANESAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor TAVAALOSHINI GANESAN
Title:AKU SEBATANG PENSEL
2013-03-25 18:49
Aku sebatang pensel.Namaku Faber Castell.Aku dilahirkan di United Kingdom.Badanku berwarna hitam dan emas.  
 
Selepas aku siap,aku dimasukkan ke dalam kotak.Aku akan dibawa bersama-sama dengan rakan-rakan dan meniggalkan tempat kelahiran ku.Aku dan rakan-rakan kini ditempatkan di sebuah kedai menjual alat tulis.Di situ aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca dan meletakkan tanda harga sebanyak RM15.00.Aku dapat mengenali rakan-rakanku yang berjenama lain seperti Dolphin,Stabilo,Astar dan sebagainya.  
 
Pada suatu petang,seorang pemuda asyik membelekku.Pemuda itu sedang mencari sebuah hadiah untuk anaknya yang mkendapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun.Mungkin dia berkenaan akan bentuk dan kualiti milikku.Dia terus membeliku.Aku berasa gembira.Aku sentiasa digunakan oleh tuanku.Tuanku sentiasa mengasah aku sehingga    aku kecil.  
 
Walaupun aku kecil,tuanku masih menggunakan aku.Aku berasa sangat gembira kerana aku dapat berkhidmat kepada tuanku.
 

Submit a comment:

Name