Welcome!

Bagai Kacang Lupakan Kulit, by M.Ghadaffi Bin Ahmad Faizi
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor M.Ghadaffi Bin Ahmad Faizi
Title:Bagai Kacang Lupakan Kulit
2013-03-29 01:22
        Di sebuah kampung, tinggal seorang budak bernama Afik yang tinggal bersama emaknya. Dia seorang budak yang rajin dan baik. Walaupun hidupnya susah, tetapi dia tidak pernah berputus asa. Dia belajar dengan bersungguh- sungguh untuk mengecapi kejayaan.  
        Afik bertekad untuk membantu ibunya keluar dari kepompong kemiskinan. Baginya, kemiskinan bukannya penghalang untuk dia berjaya. Dia menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Dia yakin bahawa dia boleh berjaya mendapatkan kecemerlangan dalam semua peperiksaan yang dia hadapi.  
        Akhirnya, dia berjaya mengecapi kecemerlangan berkat usaha dan kegigihanya. Dia mendapat pekerjaan yang bagus.tetapi malangnya, dia tidak menghiraukan ibunya yang selama ini telah membesarkannya. Lebih malang lagi, apabila dia tidak mahu menjenguk ibunya di kampung dengan alasan malu dengan kemiskinannya. Tidak lama kemudian, ibu Afik meninggal dunia.Afik menyesal akan sifatnya yang bagai" kacang melupakan kulit"
 

Submit a comment:

Name