Jannathul Nisa Bt Yusman
No.50,Jalan Klebang Selatan
2/1,Taman Klebang Bayu,31200
Chemor,Perak.
7 April 2013
Menemui sahabatku,Balqis yang berada di Shah Alam,semoga sihat.Apa khabar?Saya sihat.
Pada cuti yang lalu,kami sekeluarga pulang ke kampung kami yang terletak di Kuala Kangsar.Kami pergi dengan menaiki kereta Myvi.
Ketika kami dalam perjalanan,kami pun berbual-bual tentang bagaimana rasanya keindahan suasana di kampung.Akhirnya,kami sampai juga di rumah datuk.Di kampung datuk kami, tibanya musim buah-buahan.
Datuk pun mengajak kami pergi ke dusun datuk.Di dusun datuk ada pelbagai buah-buahan iaitu rambutan,mangga,manggis,durian dan lain-lain lagi.Kami mengutip dan memasukkan ke dalam bakul yang besar.
Selepas selesai mengutip buah-buahan,kami dan datuk pergi ke sebuah pondok di dusun untuk memakan buah-buahan itu.Kami pun makan dengan penuh seleranya.Selepas itu,kami pun mahu pulang ke rumah pada pukul 5.00 petang.Sebelum kami pulang,kami bersalamanengan datuk dan nenek.
Saya berharap dapat pulang ke kampung lagi.Sekian,semoga kita berjumpa lagi.
Sahabatmu
(Jannathul Nisa)
|