Welcome!

Cara-Cara Menghargai Jasa Ibu Bapa, by NUR SYAZWANI
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak NUR SYAZWANI
Title:Cara-Cara Menghargai Jasa Ibu Bapa
2013-06-15 20:57
            Setelah sembilan bulan dalam kandungan ibu, akhirnya saya dilahirkan ke dunia . Ayah dan ibu berasa gembira menyambut kelahiran puteri sulung mereka . Ibu menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh . Saya diberikan sepenuh kasih sayang oleh ibu dan ayah . Oleh itu sebagai anak yang baik wajarlah saya menghargai jasa ibu bapa.  
 
         Terdapat pelbagai cara untuk membalas jasa ibu dan bapa kita.Antaranya,kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh . Sebagai contoh,kita belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR . Selain daripada cemerlang dalam UPSR,kita juga perlu berjaya dalam ilmu agama. Kita mestilah pandai membaca Al-Quran.Ibu bapa mana yang tak inginkan anak-anak merekea berjaya di dunia dan akhirat.  
 
        Selain itu , kita hendaklah sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik terhadap ibu bapa. Kita haruslah mendengar dan mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa kita . Tiada ruginya jika kita mematuhi nasihat mereka . Malah, ianya untuk kebaikan kita juga. Elakkan bertutur secara ,kasar terhadap ibu bapa agar kita tidak menjadi anak yang derhaka.  
 
     Sebagai anak , kita perlu membantu mereka. Sekiranya seharian ibu bapa mencari nafkah,kita wajarlah membantu ibu membuat kerja rumah setakat mana yang kita mampu.Contohnya membasuh baju , menyapu sampah ataupun mengemas rumah.Dengan cara ini kita dapat meringankan beban ibu.Ibu pasti senyum gembira apabila melihat anaknya membantunya.  
 
        Dalam adik-beradik,kita perlulah akrab dan menyayangi antara satu sama lain.Kita mesti bertolak ansur dan jangan mementingkan diri sendiri.Kita mesti sepakat untuk membantu ibu mengemas rumah.Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Sebagai anak sulung , kita perlu mengalah dengan adik-beradik kita bukan mengerah . Ibu bapa mesti bahagia apabila melihat anak-anak mereka akrab dan tidak bergaduh.  
 
         Sesunguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan mata wang . Sayangilah mereka selagi mereka ada di dunia ini . Janganlah kita mendesak mereka untuk memenuhi kehendak kita. Apabila ibu bapa kita sudah tua,kita haruslah menjaga mereka dengan sepenuh kasih sayang seperti mana yang telah dilakukan oleh mereka.Dengan cara itu kita dapat membalas jasa mereka. Sayangi dan hormatilah mereka kerana kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang hayat.
 

Sallema, (2017-05-21 15:19)
Ini karangan jenis apa?
 
MONISHATINI, (2017-04-01 20:46)
THANK YOU
 
Nur maisara, (2017-02-27 23:19)
Terbaiik arr karangan nii  
 
 

 
Nur maisara, (2017-02-27 23:18)
Terbaiik arr karangan nii  
 

 
Norfazira, (2017-02-01 18:32)
Karangan ni membuat aku sedar  
 

 
Norfazira, (2017-02-01 18:32)
Karangan ni membuat aku sedar  
 

 
Swetyg, (2017-01-26 23:12)
karangan terbaik tapi tak bleh copy ke???  

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name