Welcome!

faedah bersukan, by Nazifa
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nazifa
Title:faedah bersukan
2013-07-16 02:37
        Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3.Barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.                                  
        Tajuk syarahan saya ialah faedah bersukan. Tujuan saya menyampaikan syarahan ini untuk memberitahu bahawa bersukan dapat menyihatkan tubuh badan kita. Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita.  
         Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita. Apabila kita bereakreasi seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya, badan  
akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.  
         Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan, kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.  
         selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah. Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah mengharumkan nama sekolah.  
         Oleh itu, marilah kita bersukan untuk menjadi masyarakat yang cerdas dan cergas. Sampai sini sajalah syarahan saya. Sekian terima kasih.  
                                    
 

Submit a comment:

Name