Welcome!

Aku sebuah telefon bimbit, by Kishen
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Kishen
Title:Aku sebuah telefon bimbit
2010-02-17 18:26
         Aku dilahirkan sebagai sebuah telefon bimbit.Namaku 'NOKIA'.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Jepun.Badanku diperbuat daripada plastik sintetik yang berkualiti tinggi,getah,keluli,dan pelbagai warna cat seperti hitam,putih,biru,jambu merah dan sebagainya.        

            

        Aku berasa bertuah kerana ditempatkan di sebuah gudang.Aku dapat berjumpa dengan rakan-rakanku yang jenama lain.Pada suatu hari,aku dan rakan-rakanku dimasukkan ke dalam sebuah lori.Kemudian, aku telah dihantar keselatan tanah air iaitu sebuah negeri yang pesat membangun di Johor.

         Aku telah sampai ke destinasiku.Aku berasa bangga kerana telah dipamerkan dalam sebuah almari kaca.Kecantikan badanku serta kepelbagaian funsi menjadikan diriku begitu megah.Aku telah diletakkan tanda harga RM2898 melebihi harga rakan-rakanku yang lain.

         Pada suatu hari,datang sepasang suami isteri ke kedai tuanku.Suaminya memembeleh dan menguji fungsiku.Mereka telah berbincang untuk membeliku.Setelah membayarku, tuan baruku membawa aku pulang ke rumah.Aku mendengar perbualan suami isteri tersebut bahawa aku akan dihadiahi kepada anaknya sempena ulang tahun anaknya yang ke-12.

         Aku berasa bertuah kerana mendapat tuah baru yang bernama S.Ganaphaty kerana menjagaku dengan baik.Aku gembira kerana berkhidmat untuk tuanku.        
 

Submit a comment:

Name